ISRAEL PENJENAYAH DUNIA

on 9:04 AM





Dalam perjalanan ke lokasi shooting hati saya sebak, geram, marah dan macam-macam rasa lagi ketika dok menatap akhbar yang memaparkan gambar seorang kanak-kanak Palestin yang terbunuh kejam gara-gara keganasan Rejim Israel yang langsung tidak berhati perut.

Sampai di lokasi shooting, rata-rata semua orang dok cakap benda yang sama. Macam-macam ayat keluar dari mulut mereka. Tergambar rasa kemarahan dan kebencian pada diri rakyat Malaysia tentang kekejaman Israel itu.

Rejim Israel seperti dirasuk syaitan, langsung tak ada rasa kesian. mereka terus- membedil rakyat Palestin tanpa mengira siapa, sehinggakan beribu nyawa tak berdosa jadi mangsa. Saya hairan, kelompok manusia jahat macam ni pun ada jugak Negara lain yang sokong, terutamanya Amerika. Saya lebel Amerika ni cakap tak serupa bikin….

Saya berdoa moga ada bala yang datang hancurkan Israel dan selamatkan rakyat Palestin dari terus dibunuh dengan kejam. Saya menyeru pada seluruh rakyat Malaysia yang perihatin tanpa mengira agama dan kaum, agar kita sama-sama menyokong usaha kerajaan yang telah menubuhkan tabung bantuan Palestin. Semoga dengan sumbangan itu nanti akan dapat meringankan beban rakyat Palestin. Al-Fatihah kepada semua rakyat Palastin yang meninggal dunia.Amin

3 comments:

Comment by Farah Wahida on April 9, 2009 at 12:52 AM

Ara penah nangis trus bila nampak gmbr sorang budak tu kena bunuh dgn kejam! Semoga satu hari nanti mereka mendpt blsn yg setimpal drpd Allah S.W.T. Hmmm.. Aminnnn! =.=

 
Comment by syakirah on November 26, 2009 at 9:15 PM

i hate israel...i hope that god will punish the group of israel...insyallah...

 
Comment by biLa aKu muLa mEmbEbeL.. on May 23, 2010 at 10:22 PM

finally, nice one from u..
keep writing bout human-concious issues..
it's worth it!
=)