on 9:11 PM

SORRY GUYS

on 11:37 PM comments (6)

Zoey nk mintak mahap sesgt kat sume fanz klu ade yg terase sbb Zoey x layan korg sgt. Site ni pn dh mcm terbengkalai jap sbb bz ngan kje.

Di kesempatan ini juga, Zoey nk mintak mahap kat korg sume klu ade silap salah selama korg knal Zoey k.

I'll not b in Msia for about 2 weeks frm 9th June due to some reasons. Hope u guys keep praying wat's gud for me. Thanx for all the support k.

LUV U ALL! MUAHX,

-X0X0-

~Zoey~

WELCOME

on 12:58 PM comments (9)

Hi semue.. selamat datang ke zoey fan club! first zoey nak ucapkan jutaan terima kasih kat korang sebab layari web nih..Sebelum tu nak mintak maap kat korang semua.. sebab menggunakan perkataan pasar atau pun bahasa comic, bukan nak mempersendakan bahasa melayu,cuma lebih senang dan lebih terus terang.

Wokey.. kat sini zoey nak cerita skit pasal diri zoey mungkin ade korang tak tahu asal usul zoey.. sebenarnya zoey ni di lahirkan di Besut Terengganu, budak ganu la kiranyer.. tetapi kami sekeluarga menggunakan bahasa kelate sebab Besut tu sempadan kelate..sekarang dah berumur 24 tahun.... hurm dah tua... birthday zoey 3 jan 1985.. erm saper2 yang ingat my birthday thanks kat u all la, you are a really great fan's n friend's..I thank god that we met!!! love u all!!muax muax muax. hehe

Sekarang nie zoey keje kat calistadesign sebagai senior designer, masa kecik-kecik dulu zoey suka sangat melukis, memang tak sangka bila dah besar zoey jadi seorang designer, zoey kira diri zoey bertuah kat dunia ni.walau apapun terjadi kat masa depan, aper2 hal zoey akan tetap menjadi seorang designer yang akan terus design dan design dan design,.bertuah gak dapat kejer kat situ sebab opis tu abg sulung zoey punyer. so suka hati la nak masuk biler2...hhehe,jgn jeles wokay!

Selain daripada design, zoey suker acting, hosting dan buat comersial. sebab boleh mendatangkan sumber kewangan yg lumayan... tetapi kalo kita nak buat sesuatu keje tu kiter mesti kene ikhlas, baru lah boleh nampak hasil yg bagus...betol tak kawan2.. duit no dua , yg pertama kene minat!!!!(very important) dan jadikan benda tu sebagai kerjaya.

zoey minat giler2 kat comic. suka baca comic dr gempak starz. antaranya ialah under age 18 , monggo , xpressi tempur , dan banyak lagi.. kalau cakap sampai tahun depan pun tak habis....so faham2 je la... terlampau banyak zoey baca comic diorg... suke comic diorg sebab jalan citer yg menarik.. pas tu suka tengok gambar. haha...

LATEST!

on 3:16 AM comments (3)

DRAMA KISAH YUSOF
Hari : selasa hingga khamis
Jam : 10.30 pm
Slot : Samarinda
Tv : Tv3

Drama Yusof yang akan menemui penonton TV3, slot Samarinda. Drama arahan Yeop Hitler menampilkan pelakon seperti Datuk Jalaludin Hassan, Abby Abadi, Zarin, Zoey dan ramai lagi. Berkisar tentang pemuda yang bernama Yusof dan diadapatasi dari kisah Nabi Yusof tetapi dalam versi moden. Pergolakan kehidupan Yusof yang menghadapi konflik dan mehnah dengan adik beradik, famili dan masyarakat sekeliling. Lokasi pengambaran di Melaka, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur

Sayer suka….

on 3:16 AM comments (12)

Sayer suka….

1-suka tengok movie tapi tak sampai 20 min movie yg tengok sayer. Hurm… buang duit jer, pas tu mula la tanyer member macam mana jalan citer tu.

2-Sayer Suke sangat minum susu HL Marigold, sebab ada high calcium, hight protein n low fat walaupun sayer ni dah kurus, lepas dah minum susu nanti bunyi-bunyi yang tak menyenangkan akan kluar dari perut….proot..proot…prooot. kluar angin ushh..harga 5 ringgit jer, tak mahal sangat.

3-Suka akan kasut, walaupun lebih selesa pakai selipar jepun!. Lebih kurang 100 pasang kasut saya kumpul. Sayer penah beli kasut yang sama, cuma colour jer yg beza…(membazir btol) yang peliknyer ke mana jer mesti pakai selipar jepun. hurm

4-Suka makan skit, walaupun makanan tu sedap tahap max. tak suka makan banyak2…sebab tak ada ruang nak isi.

5-Sayer suka PSP, kemana je mesti ada psp dalam beg, tak la boring menunggu, walaupun ianya agak boring jugak sebab game tak pernah tukar lebih 2 tahun...

6-Gile2 suker comic. Baca comic tak stress walaupun tengah melabur saham dekat bank (toilet)

7-Suka perfume, sebelum pakai baju wajib sembur perfume dulu, kalo tak rasa lain macam jer…bkn badan bau busuk, walaupun kadang-kadang je ada bau. Cuma tak ada keyakinan jer.

8-Sayer suka internet. Semua benda leh cari hanya menggunakan jari jemari. Taib je semua kluar, kadang-kadang taib benda yang kita nak cari, benda lain pulak yang keluar. Hurm….

9-Suka tengok benda yang cantik&besih sebab nanti jiwa sayer akan tenang…setenang tasik kenyir. jangan di sangka jiwa yang tenang tidak memberontak walaupun selalu makan hati hurm.

10-Suka shoping, go kurt dan melancong kemana2 yang boleh pegi kecuali israil.

11-Hp sangat penting dalam hidup sayer.tak ada hp ibarat hidup kosong.

.

on 3:17 AM comments (4)

petua cover malu

on 3:17 AM comments (5)

Cara-cara nak cover malooooo...

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

selamat mencuba!!!

.

on 3:18 AM comments (2)

youtube pilihan

on 3:00 AM comments (2)




mula2 tgk mcm tak lawak, tapi lama2 tengok lawak giler... boleh pecah perut kalo dengar tgk ni...sure tension anda akan ok. selamat menonton!

VITAGEN MEMPERSEMBAHKAN SUKARIA CERIA

on 1:14 AM comments (0)


Bersedialah untuk Vitagen mempersembahkan Sukaria Ceria! Karnival terbesar untuk anda sekeluarga memenangi hadiah-hadiah yang hebat, sambil menyertai aktiviti-aktiviti yang menarik dan penuh dengan tenaga .

Vitagen mempersembahkan Sukaria Ceria! bukan sahaja membawakan perarakan beragam dan aktiviti-aktiviti zon ceria, tetapi juga memeberi anda peluang untuk beramah mesra bersama artis-arits Astro Ceria dan Akedemi Fantasia dan banyak lagi.

Tibalah masanya untuk anda semua yang berumur 3 -14 tahun untuk menonjolkan bakat kreatif mereka dalam perarakan beragam serta menyertai aktiviti-aktiviti zon ceria yang penuh bertenaga di mana anda boleh bergiat secara sihat di samping memenangi hadiah-hadiah yang menarik! Sebuah kereta Naza Citra,PS3,PSP dan banyak lagi Karnival ini akan berlangsung di dua bandar iaitu di Georgetown, Pulau Pinang dan di Petaling Jaya, SelangorUntuk menyertai acara Sukaria Ceria!, anda hanya perlu mengisi borang pendaftaran di laman web astro ceria (www.astro.com.my/astroceria) dan klik butang Sukaria Ceria! Borang-borang pendaftaran juga boleh didapati di kompleks-kompleks membeli-belah yang telah disenaraikan ataupun di laman web ini. Anda juga boleh menelefon di talian hotline kami 1300-88-2488.

www.fashion.calistadesign.com

on 9:03 AM comments (1)


Calista Fashion menyediakan tudung-tudung yang berkualiti dan menarik seiring fesyen semasa. Dengan harga yang berpatutan ianya mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.Anda tidak perlu bersusah payah keluar untuk membeli tudung idaman anda, apa yang perlu anda lakukan ialah pilih dan beli terus secara online di web site. Dengan ini anda dapat menjimatkan masa dan tenaga anda. Kami mementingkan kualiti.

Antara jenis tudung yang dikeluarkan ialah Tudung Ekin Awning Penuh, Tudung Ekin Awning Separuh, Tudung Siti Nurhaliza, Selendang Ekin dan banyak lagi. Produk kami setaraf dengan butik butik terkenal. Jangan samakan dgn tudung yang dijual dipasar malam. Anda berminat boleh layari www.fashion.calistadesign.com

ISRAEL PENJENAYAH DUNIA

on 9:04 AM comments (2)





Dalam perjalanan ke lokasi shooting hati saya sebak, geram, marah dan macam-macam rasa lagi ketika dok menatap akhbar yang memaparkan gambar seorang kanak-kanak Palestin yang terbunuh kejam gara-gara keganasan Rejim Israel yang langsung tidak berhati perut.

Sampai di lokasi shooting, rata-rata semua orang dok cakap benda yang sama. Macam-macam ayat keluar dari mulut mereka. Tergambar rasa kemarahan dan kebencian pada diri rakyat Malaysia tentang kekejaman Israel itu.

Rejim Israel seperti dirasuk syaitan, langsung tak ada rasa kesian. mereka terus- membedil rakyat Palestin tanpa mengira siapa, sehinggakan beribu nyawa tak berdosa jadi mangsa. Saya hairan, kelompok manusia jahat macam ni pun ada jugak Negara lain yang sokong, terutamanya Amerika. Saya lebel Amerika ni cakap tak serupa bikin….

Saya berdoa moga ada bala yang datang hancurkan Israel dan selamatkan rakyat Palestin dari terus dibunuh dengan kejam. Saya menyeru pada seluruh rakyat Malaysia yang perihatin tanpa mengira agama dan kaum, agar kita sama-sama menyokong usaha kerajaan yang telah menubuhkan tabung bantuan Palestin. Semoga dengan sumbangan itu nanti akan dapat meringankan beban rakyat Palestin. Al-Fatihah kepada semua rakyat Palastin yang meninggal dunia.Amin

under 18 comics by ZINT

on 9:04 AM comments (25)


hahhaha ni comic kegemaran zoey mase kat sekolah menengah. kalo cikgu tak ada dalam class comic nie la menjadi teman zoey, kawan2 lain bz ngan keje masing2 tapi zoey dok mengadap comic ni.suka dengan watak AX, walaupun dia agak nakal dia tetap mempunyai jiwa yg sentimental.

under 18 ni berkisahkan citer budak sekolah, kisah2 budak remaja di alam persekolahan yang penuh dengan agenda. u all semua pun ingat masa alam persekolahan suka ponteng class, kacau pompuan., kutuk cikgu la....ko org baca ayat kat bawah ni., mesti ko org tersenyum sorang2...

Saper yang lahir pada tahun 80an mesti ingat mase skola rendah dulu:

  • kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.
  • kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
  • RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm….
  • pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
  • main lwn pemadam yang ada gambar bendera negara2, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sebenar, utk padam!
  • pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
  • cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pegang pon kat situ.
  • Papan hitam menggunakan kapur yg giler babeng nyer berabuk. Pastu sapa bertugas kene ketuk duster kat tepi koridor. habis klas bawah2 sume berabuk.
  • bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan. Rotan siap terbelah pastu cikgu ikat ngan rubberband.
  • time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la… Pastu ada main tanah liat. buat pasu dari botol terbuang. kasi
    letak tanah liat, jadi cantik. Pastu berhabuk..
  • Beg skolah masing2 umpama nak pegi camping. Sampai masuk berita sebab beg galas bebankan pelajar.
  • Zaman ni gak ada alam dan manusia sebagai subject. Lepas tu di ganti ngan kajian tempatan.
  • balik skolah main bola chapping.. Pakai bola tenis susun selipar. kadang2 men baling pakai selipar.
  • Gasing, layang2, tutup botol, othello, dam ular, mainan kita.
  • main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. Time tu sapa ada sega dikira dewa. Tapi sapa ada sega pun ada game sonic jek.. main tu je la ulang2.
  • jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. Kaler biru, ijau itam, cekelat.
  • takut BCG tp lepas inject poyo la pulak…
  • balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
  • Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu…
  • Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban, Dash yankuro, tomato man dan mcm lg. Ramai jek ponteng skolah agama sebab nak usha citer2 ni.
  • Time darjah satu atau dua, skolah kebangsaan, laki pakai suar pendek biru gelap pastu time tu tak reti pakai spender.. paham2 la ek apa jadi? Pastu kerajaan tukar sume pakai suar panjang.. appropriate sket
  • Roller blade menjadi kegilaan budak2. Hampir tiap2 petang kedengaran bunyik tayar rollerblade kat jalan raya.
  • Komputer mula diperkenalkan dlm tahun 1994 kot. Time tu ada tempat disket besar gile.
  • Telepon bapak kita besar gedabak, pastu bapak2 kita suka letak dalam poket atau kat poket blakang, punggung dorang jadi tonggek. Bila orang call, cakap srupa sebatu jauhnya.. siap ekspresi tangan dan muka.
  • Waktu dapat IC first time time darjah 6, bangga giler sebab dah dikira dewasa. tapi ic still mak pegang sebab takut ilang. Simpan fotostat dlm wallet..
  • budak laki time darjah 5/6 usha membe2 pompuan tinggi2 gila… tapi bila da masuk tingkatan 1/2 bebudak pompuan surprisingly jadi pendek. Time ni gak suara berubah.
  • Dulu kat area KL, takut dengar pasal cerita hantu susuk. Siap kuar newspaper…Sume time tu takut gile nak kuar umah terutama budak perempuan sebab takut kene isap darah. Pastu macam2 antu
    kuar dalam paper, antu lilin la.. dan macam2 lagi.
  • Ada satu time tu zaman tamiya, sume berebut nak buat tamiya power2 siap kasi letak tayar span la.. tambah kilat la tukar enjin la.. pastu mende tu ilang ntah mana ntah.

Jangan lupa semua ni sebab zaman sekarang budak2 tak sempat layan benda2 ni. kita akan sentiasa berubah, cuma asal usul kiter yg permanent. ayat kat atas tu zoey dapat dari budak-budak myspace yang hantar comment kat zoey, so kiranya ayat itu bukan 100/100 dari zoey.


sekarang zoey dah kumpul satu series "under 18", dari "Under Age" ke "under 18 fear no more", lepas tu "Under 18-No Fear" dan "under 18 fear less"...puas hati dapat kumpul semua nyer. Dan zoey menyokong comic-comic tempatan biar jadi ternama di dunia nie... cayok2!!!

GTR 150x

on 1:36 PM comments (7)




NAZA GTR 150x ni adalah jentera untuk bersantai atau bersuka-ria, dimana kelajuan kurang dititikberatkan...dgn 150cc standard boleh mencapai 110km/h-120km/h maksimum.. (digital speedo boleh laras berpandukan speedo reading kereta/superbike) layan koner mjavascript:void(0)emang seronok... jgn bandingkan dengan skuter import italy sebab harga je GTR dah menang..belum harga servis/sparepart lagi...sebab macam biasa la supermodel italy punye mentenen agak berat dan manja...kalau kacukan pan asia kire tak banyak songeh..

Naza GTR 150x telah dilancarkan pada 28 Ogos 2008... kira ini adalah generasi kedua bagi GTR.. Beberapa penambahan dilakukan pada model generasi baru ini antaranya : perubahan warna yg menarik dan single seat... Tiga warna baru iaitu Hitam metalik ,Oren metalik dan Putih. Penambahan carbon fibre printing tambahan pada bahagian tertentu, Lampu isyarat LED.

Naza GRR 150x memang macho, gempak, stylo dan sempoi..di jalan raya, performance pun memang bagus sangat-sangat.bagaikan burung helang terbang dengan bangganyer di langit, walaupun tak berapa laju hehhee. if nak laju beli la kawa ninja 250 tuh....GTR ni skuter jer...150cc pulak tuh....laju-laju nanti mati cepat, biar lambat asalkan selamat! hehe

GTR ni kire macam pompuan cantik jugak...memang sedap dipandang...kalau berkenan kene la gentleman cket....layan karenah...(xsemua sempurna..lagi-lagi benda ciptaan manusia) rosak motor ape-ape pun boleh rosak jugak... kalau ada yang kondem GTR ni cepat rosak la semput la itu bergantung pada penjagaan jugak...yelah...skuter punye maintenance faham-faham jer la....kene pulak enjin liquid cooled... gilera beli mahal-mahal pun rosak jugak...(kalau xnak rosak jaga elok-elok..jangan la lenjan selalu...)tapi pakai GTR nih hanya owner je taw apa kelebihan tersendiri yang xde pada skuter kebanyakan yang ada dalam malaysia nih!!! tp owner tu kalau mampu dia tak pakai gtr dah..sbb dia tak brapa mampu ler dia pakai dan berpuas hati malah boleh jatuh cinta terusss..yg pahit ditelan yg manis dikongsi bersama tp sayer belum pernah kena pahit lagilah sepanjang tempoh idup dgn gtr ni. D.O.B gtr ni. 4 december 2008

comic pilihan

on 1:37 PM comments (7)



GO GO Cha Cha Street sebuah karya ZINT. saper-saper yang mempunyai stress yang tahap terlampau, sila baca comic ni kerana semua stress korang akan disedut keluar dari otak korang tu. zoey baca comic nie semasa nak fly ke penang, sambil baca dlm flight tu...aysik gelak sorang2,tu pun tahan gelak...dalam hati tak sabar nak baca sekali lagi kat hotel sebab nak gelak puas2 biar semua stress keje hilang.

Semasa gelak sorang2 dalam flight tu ada la sorang budak kecik ni aysik tengok zoey jer... mayb dlm otak dia cakap....mcm pernah nampak abg ni, tapi kenapa aysik senyum sorang2 jer. mesti budak tu ingat zoey baru kluar wad sakit jiwa....

Ini adalah comic yg paling sempoi dan lucu yang pernah zoey baca. Memang patut dapat :-
  • Pemenang Anugerah Komik Terlampau Bestnya di Hemisfera Selatan.
  • Patut masuk Malaysian Book of Records ni!
  • Percalonan bagi Kategori "Komik Menggilakan Otak".
  • Lawak paling lawak sekali!!
  • Menggeletek tali perut hingga terasa cirit-birit".
Art Direction by Kenny Chua
Proof Edited by Najihah Hashim
Cover Art by Zint
Lettering & Designed by Margaret
Go Go Cha Cha Created by Zint


Harga: RM 7.50 SB/SWK RM 8.50
www.gempakstarz.com

BONG + IMPIAN

on 1:37 PM comments (2)



Sedih sangat-sangat sebab tak dapat acting drama bong dan impian... sebenarnya dari drama bong dan impian lah zoey belajar belakon. daripada sebatang kayu yg keras, lama2 jadi lalang yang begitu lembut ditiup angin, (ceh ayat tak leh blah) ramai yang cakap zoey demand harga, sebenarnyer bukan masalah demand, zoey tak dapat nak bagi tumpuan sepenuhnya kepada drama tersebut sebab bz ngan design, pastu bz ngan astro ceria...kene pg sekolah2 mempromosikan program2 baru di astro ceria. dan bz ngan drama terbaru... nak tahu drama apa, ko org semua kene tunggu hehe...so harap-harap ko org semua puas hati!!